Face Mask Distribution to DBKK

DBKK merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Sinaland atas sumbangan berupa topeng muka untuk meringankan beban mereka yang memerlukan sepanjang pelaksanaan PKP.

Penyerahan sumbangan ini telah diadakan pada 14 April 2020 di hadapan bangunan DBKK.

DBKK berharap usaha murni ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Encik Micheal Ling mewakili Sinaland menyerahkan sumbangan topeng muka kepada YBhg Datuk Haji Nordin Siman, Mayor Bandaraya. Turut hadir Puan Noorliza Awang Alip, Ketua Pengarah, Puan Junaidah Abbie, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) dan pegawai-pegawai DBKK.

Source from: https://www.facebook.com/dewanbandarayakkofficial/photos/a.179875466165320/660198101466385/?type=3&theater